
Sejarah al-Quran:
Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam ialah turunnya kitab suci Al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran.
Ia dirakamkan dalam Al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud:
"Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.